2. B. Cita-cita untuk puak atau etnik
3. 1. Bercita-cita besar kerana negara
4. 2. Bercita-cita besar kerana bangsa
5. 3. Bercita-cita besar kerana ideologi
6. 4. Bercita-cita besar kerana agama
7. 5. Bercita-cita besar kerana ada pemangkin
8. 6. Bercita-cita besar kerana Tuhan
Satu perjuangan yang besar memerlukan satu cita-cita yang besar. Orang-orang yang berjuang itu hendaklah berjiwa besar. Menyebutnya memang senang tetapi tidak mudah hendak berjiwa besar sebenarnya. Tidak mudah bercita-cita besar dan tidak mudah memperjuangkannya.
Satu bangsa itu sama ada dia berjiwa besar atau berjiwa kecil, ada hubungan dengan cita-cita hidupnya. Kalau cita-cita hidupnya kecil maka dia berjiwa kecil. Kalau cita-cita hidupnya besar maka dia pun berjiwa besar. Kalau satu bangsa itu berjiwa kecil, maknanya cita-citanya kecil. Sekalipun bangsa itu ramai, namun bangsa itu tidak akan menjadi bangsa yang kuat, tidak akan jadi gagah dan tidak akan jadi empayar. Sebaliknya kalau bangsa itu berjiwa besar kerana cita-cita yang besar, walaupun bangsa itu tidak ramai, kalaupun tidak boleh jadi empayar namun bangsa itu akan jadi bangsa yang kuat. Biasanya apa yang berlaku dalam sejarah, mereka menjadi empayar.
Satu bangsa yang berjiwa besar adalah hasil dari didikan, bukan kebetulan. Ia berlaku bukan secara tiba-tiba. Ia adalah hasil didikan dari kecil. Kalau kita lihat sejarah, daripada mula wujud manusia hinggalah sekarang, satu bangsa yang berjiwa besar adalah bangsa yang ada pegangan dan cita-cita.
Di antara satu bangsa dengan satu bangsa yang lain, ia tidak sama. Pegangan dan cita-citanya tidak sama kerana didikannya tidak sama. Semuanya dari hasil didikan. Antaranya:
A. Cita-cita individu dan keluarga
Dalam satu bangsa itu, andai kata individu-individunya dididik di sekolah untuk memikirkan diri dan fikirkan keluarganya sahaja, ertinya cita-cita individu itu terlalu kecil. Dia hanya fikir bagaimana kehidupan diri dan keluarganya mahu ditingkatkan, bagaimana diri dan keluarganya mahu bahagia dan bagaimana diri dan keluarganya hendak kuat. Dia hanya memikirkan mengenai diri dan keluarganya sahaja. Etniknya pun tidak difikirkan. Yang penting baginya adalah diri dan keluarganya hidup sihat, dapat hidup mewah dan bahagia.
B. Cita-cita untuk puak atau etnik
Ada pula orang yang bercita-cita agak lebih besar sedikit. Dia tidak hanya memikirkan diri dan keluarganya sahaja tetapi dia juga turut memikirkan etniknya. Katakanlah dia itu orang Jawa atau orang Bugis. Yang difikirkannya adalah apa yang perlu dilakukan untuk membangunkan etniknya. Perihal etnik lain selain Jawa atau Bugis, dia tidak ambil peduli. Susah senang mereka, dia tidak kisah. Dia cuma memikirkan keistimewaan etniknya dan bagaimana hendak membesarkan etniknya sahaja.
Ada beberapa sebab yang menjadikan sesuatu bangsa itu bercita-cita dan berjiwa besar. Di antaranya:
1. Bercita-cita besar kerana negara
Kadang-kadang seseorang itu berjiwa besar atau bercita-cita besar kerana negara. Seperti bangsa Itali satu waktu dulu di bawah pimpinan Musollini. Sebab itu walaupun penduduknya tidak ramai tetapi oleh kerana dia ada cita-cita besar maka hasilnya banyak negara yang dijajahnya.
2. Bercita-cita besar kerana bangsa
Ada pula orang yang bercita-cita lebih besar iaitu cita-cita atas dasar bangsanya. Dia pun berjuang dan selalu berfikir bagaimana bangsanya harus dididik agar menjadi lebih cerdik dan menjadi bangsa yang kuat. Dia hanya fikirkan perihal bangsanya. Orang Indonesia fikirkan bangsa Indonesia sahaja. Orang Arab fikir bangsa Arab sahaja. Selain itu tidak difikirkannya. Jadi cita-cita bangsa itulah yang menjadi ukuran jiwanya.
Ada juga sesetengah orang berjuang dan bercita-cita besar kerana tidak mahu bangsa mereka duduk di bawah atau dijajah bangsa lain. Seperti Jerman satu ketika dulu, di bawah pimpinan Hitler. Orang Jerman menamakan bangsanya Aryan. Orang yang berbangsa Aryan ini merasakan mereka bangsa yang mulia, yang tidak patut duduk di bawah bangsa lain. Dari fahaman ini membawa kepada satu jiwa besar. Akhirnya membawa mereka kepada satu perjuangan yang besar. Pada Perang Dunia Kedua, sebahagian Eropah dikuasai oleh Jerman.
3. Bercita-cita besar kerana ideologi
Ada orang yang lebih besar lagi cita-citanya. Ia bersifat sejagat iaitu berdasarkan ideologi. Bagi orang yang ada cita-cita ideologi, cita-citanya tidak ada sempadan (border). Ke mana pun dia pergi, dia akan menceritakan ideologinya kepada semua orang, tidak kira apa bangsa atau etnik pun, tanpa ada batasnya dengan harapan lebih ramai orang menerima ideologi yang dibawanya.
Contohnya fahaman komunis yang satu ketika dahulu begitu aktif diperjuangkan ideologinya. Komunis ialah satu ideologi tanpa border. Hasil dari perjuangannya, berapa banyak negara di dunia yang sudah menjadi komunis. Rusia dan China jatuh ke tangan komunis sejagat. Eropah Timur hampir kesemuanya komunis. Albania, Yugoslavia, Eropah Timur menjadi komunis. Termasuk kawasan sebelah benua Amerika yang menjadi komunis iaitu negara Cuba yang sampai sekarang masih komunis. Cuba di bawah pimpinan Fidel Castro yang masih berkuasa lagi walaupun sudah tua. Amerika sangat sakit hati tetapi tidak boleh buat apa-apa, padahal pulau itu kecil sahaja. Amerika berfahaman demokrasi ada 300 juta penduduk. Telah beberapa kali Amerika cuba menawan Cuba tapi tidak berjaya. Sebab Cuba yang kecil itu bukan bersendirian. Eropah Timur, China dan Rusia adalah orang-orangnya juga. Jadi Amerika pun takut.
Di sebelah Timur, Laos dan Vietnam menjadi komunis. Indonesia pun hampir jadi komunis. Mujurlah dengan izin Tuhan ianya telah diselamatkan oleh Pak Harto pada tahun 1963. Di Malaysia, komunis wujud sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi. Komunis berkuasa selama 10 tahun. Berjayanya komunis kerana mereka berpegang kepada satu ideologi yang begitu besar dan mempunyai cita-cita yang besar.
4. Bercita-cita besar kerana agama
Begitu juga cita-cita agama yang tidak ada sempadan (border), tidak ada batas dan tidak disekat oleh keadaan geografi. Jadi orang yang ada cita-cita agama, di mana pun dia berada, dia akan memperjuangkan agamanya. Dia pergi Jepun atau Barat, dia akan ceritakan agamanya dengan harapan lebih ramai orang menganut agamanya. Orang Eropah dulu pun berjuang atas nama agama iaitu agama Kristian. Di samping bercita-cita menguasai kekayaan dunia, agama juga menjadi keutamaannya. Akhirnya berapa banyak negara di dunia ini yang dijajah oleh Eropah dan dikristiankan. Antara negara Eropah yang menjajah adalah Belanda, Portugis, Perancis dan Inggeris.
5. Bercita-cita besar kerana ada pemangkin
Ada sesetengah bangsa berjiwa besar kerana banyak pemangkin-pemangkin. Bukan kerana satu pemangkin sahaja. Banyak keyakinannya yang menjadi pegangan bangsa itu sehingga mereka bercita-cita besar dan berjiwa besar walaupun pengikutnya sedikit seperti orang Yahudi. Yahudi tidak ramai pengikutnya. Yang tinggal di Palestin sekitar 3-4 juta sahaja. Kalau dikumpul dari seluruh dunia, sekitar 10 juta orang sahaja. Mereka duduk bersepah. Ada sedikit di Jerman dan ada sedikit di Britain. Yahudi bercita-cita besar sebab banyak yang diyakininya hingga keyakinan itu menjadi pemangkin kepada mereka. Akhirnya negara-negara Arab yang ada 100 juta penduduk itu berada di bawah kongkongan Yahudi walaupun Yahudi tidak menjajah dari segi fizikal.
Mengapa Yahudi begitu berjiwa besar dan bercita-cita besar? Setidak-tidaknya ada 4 pemangkin, atau 4 perkara yang mendorong mereka berjiwa besar iaitu:
a. Mereka menganggap mereka anak Tuhan. Mana boleh anak Tuhan duduk di bawah bangsa lain yang bukan anak Tuhan. Mereka anggap mereka adalah anak Tuhan yang tidak boleh duduk di bawah bangsa lain yang rendah martabatnya. Perkara ini dididik dari tadika lagi.
b. Orang Yahudi anggap mereka berbangsa Arya. Bangsa Arya menganggap bangsanya paling mulia di dunia. Macam mana bangsa yang mulia mahu duduk di bawah bangsa yang hina. Maka datanglah cita-cita perjuangan dan semangat juangnya. Datanglah jiwanya yang besar.
c. Orang Yahudi berkeyakinan bahawa mereka adalah keturunan nabi-nabi dari Bani Israel. Itu memang betul, tidak dapat dinafikan. Nabi yang bukan daripada Bani Israel ialah Rasulullah, Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim. Selain itu semuanya dari Bani Israel (Yahudi). Itu mendorong mereka untuk berfikir yang mereka dari keturunan nabi dan tidak patut berada di bawah orang lain. Keyakinan ini ditanam dari tadika lagi. Bukannya setelah dewasa baru berangan-angan. Sesetengah negara berangan-angan tetapi anak bangsanya tidak dididik dari kecil ke arah suatu cita-cita. Sudah tua baru hendak berangan-angan.
d. Mereka berkeyakinan bahawa semua bangsa akan masuk Neraka kecuali orang Yahudi. Orang Yahudi kalau masuk Neraka pun 6 hari sahaja. Walaupun karut tetapi ia sudah ditanam sebagai keyakinan di dalam jiwa bangsa Yahudi.
Banyak lagi pemangkin mereka tetapi inilah yang menjadi keyakinan utama orang Yahudi, yang membuatkan mereka menjadi bangsa yang bercita-cita dan berjiwa besar. Inilah yang mendorong mereka berjuang sejak beribu tahun. Orang Yahudi pengalamannya luas, ilmunya banyak dan mereka cerdik. Kerana dia adalah bangsa yang tua. Mereka tidak ramai dan duduk bersepah pula. Yang hidup selonggok itu di Palestin. Yang lain bertabur seluruh dunia. Senang sahaja hendak mengenal orang Yahudi. Kalau orang Barat hidungnya tajam. Orang Yahudi hidungnya juga tajam tetapi bengkok. Mereka tidak boleh menyorok. Kecuali kalau sudah menjadi kacukan. Tetapi kalau Yahudi sejati, hidungnya tajam tetapi bengkok.
Orang Yahudi adalah bangsa tua yang sangat memahami hal-hal agama, ajaran Samawi dan juga sejarah. Tuhan jadikan mereka cerdik pula. Sudahlah cerdik, mereka pula selalu berfikir. Jadi mereka faham macam mana hendak berjuang. Di tengah dunia berbagai-bagai bangsa ini, mereka merupakan golongan yang kecil bilangannya. Mereka berjuang penuh bijaksana, sungguh berhikmah dan berdasarkan ilmu. Bukan seperti sesetengah orang yang berjuang secara melulu. Berjuang secara bodoh.
Yahudi ini, walaupun fizikal mereka lemah iaitu jumlah mereka kecil, tetapi otak mereka mampu menguasai dunia? Macam mana Yahudi sampai boleh memecah-belahkan bangsa lain supaya boleh dikawal? Kalau Yahudi hendak menjajah satu bangsa yang besar, besar risikonya. Kalau dibuat juga mereka tidak akan berjaya. Yahudi tidak akan berbuat demikian sebab risikonya besar. Sebaliknya Yahudi akan memecah-belahkan manusia dengan otaknya yakni dengan mencipta ideologi-ideologi. Kalau kita baca sejarah, ideologi apa pun yang sedang berada dan sedang melanda dunia adalah ciptaan Yahudi. Ideologi-ideologi inilah yang memecah belahkan masyarakat dunia. Di antaranya:
- Ideologi komunisme (dicipta oleh Karl Marx, seorang Bapa Yahudi. Dialah bapa komunisme).
- Ideologi kapitalisme
- Fahaman kebangsaan
- Fahaman sosialisme
- Demokrasi
Bahkan sebahagian daripada teori-teori ilmu dicipta oleh Yahudi dengan tujuan untuk merosakkan aqidah manusia di dunia. Saya yakin mereka yang mencipta teori itu tidak meyakininya. Orang yang yakin hal itu adalah orang bodoh. Orang cerdik tidak akan yakin. Contoh yang dimaksudkan ialah teori Darwin, yang mengatakan manusia dari beruk. Darwin berbohong. Itu bukan keyakinannya sendiri. Dia hendak merosakkan aqidah manusia di dunia ini. Sebenarnya dia tidak berfahaman begitu pun. Dia sengaja hendak memecahbelahkan manusia.
Perancangan memecah-belahkan manusia melalui berbagai-bagai ideologi ini akhirnya berjaya. Bergaduhlah pendukung-pendukung ideologi antara satu sama lain. Bahkan dalam ajaran agama, termasuk juga dalam ajaran agama Islam diselitkan ajaran Yahudi tanpa disedari oleh umat Islam. Akhirnya bergaduh. Ada Islam yang militan, demokrasi, sosialis, agresif, pasif, liberal dan lain-lain. Perpecahan yang terjadi di kalangan umat Islam adalah hasil injection ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang dimasukkan oleh Yahudi.
Bahkan di Amerika seluruh sistem adalah sistem Yahudi. Ekonomi dan cara berfikir masyarakatnya sudah dipengaruhi oleh Yahudi. Sedangkan orang Yahudi tidak banyak di Amerika. Sebab itu siapa hendak jadi presiden di Amerika, kalau tidak ada darah Yahudi, sama ada dia tidak naik atau kalau naik jadi presiden, dia akan mati dibunuh. Mereka ada cara untuk mempengaruhi rakyat untuk menaikkan Yahudi ataupun yang pro-Yahudi. John Kennedy mati kerana dia satu-satunya bukan kroni Yahudi. Dia ditembak ketika sedang dalam kereta.
Setelah dipecahbelahkan manusia dengan fikirannya iaitu dengan ideologi yang telah dicipta dan menjadi pegangan ramai maka dari situ Yahudi mengaut keuntungan terutama dari ekonomi. Mereka cipta riba supaya untung cepat. Padahal kalau kita kaji, dalam perniagaan mereka tidak pakai sistem riba bahkan mereka mengharamkan riba. Pencipta atau bapa riba itu adalah Yahudi. Tujuannya adalah untuk merosakkan orang lain. Riba itu bukan untuk bangsa Yahudi. Ini patut kita kaji. Begitu caranya orang Yahudi berjuang untuk pecah belahkan manusia dan mereka dapat keuntungan. Bangsa Yahudi walau jumlahnya kecil tetapi jiwanya besar. Cita-citanya besar kerana pemangkinnya banyak. Dari kecil orang-orangnya dididik supaya bercita-cita besar dan berjiwa besar.
Di sini baru kita faham bahawa satu bangsa boleh menjadi kuat kerana jiwanya besar. Jiwa besarnya itu adalah kerana dia bercita-cita besar. Sama ada atas dasar ideologi, atas dasar bangsa, atas dasar agama atau atas cita-cita untuk menguasai ekonomi dunia. Mereka boleh menjadi empayar sekalipun bilangan mereka sedikit. Kalau bangsa itu ramai sekalipun tetapi cita-cita hanya mahu cari makan saja, itu tidak kuat. Macam bangsa Cina, dari dulu lagi ramai bangsanya berhijrah kerana masing-masing bercita-cita hendak cari makan sahaja. Sebab itu orang Cina tidak dapat menjajah. Mereka cuma menguasai ekonomi di negaranya. Lebih-lebih lagi India. Dekat satu bilion penduduknya tetapi sejak dahulu lagi tidak bercita-cita besar. India tidak pernah menguasai dunia sebab cita-citanya kecil.
6. Bercita-cita besar kerana Tuhan
Kemuncak cita-cita besar itu adalah cita-cita untuk perkenalkan Tuhan. Cita-cita berasaskan Tuhan ini tidak ada sempadannya (border). Orang yang memiliki cita-cita ini hanya memikirkan bagaimana hendak kenalkan Tuhan kepada dunia. Kalau begitu mereka berjuang untuk kenalkan Tuhan ertinya mereka berjuang untuk Tuhan. Sesiapa sahaja yang ditemuinya maka dia akan bercakap tentang Tuhan. Dia akan berfikir bagaimana untuk kenalkan Tuhan kepada manusia.
Buat masa sekarang ini ada dua bangsa saja yang memiliki cita-cita besar ini iaitu Yahudi dan Islam tetapi malangnya umat Islam tidak kekal dengan cita-cita ini. Bagi umat Islam, cita-cita memperkenalkan Tuhan ini sudah 700 tahun terhapus. Cita-cita memperkenalkan Tuhan ini hanya berlaku kepada umat Islam sepanjang 300 tahun selepas Rasulullah. Para salafussoleh bukan perjuangkan cita-cita ideologi atau ekonomi tapi cita-cita untuk kenalkan Tuhan kepada manusia sejagat.
Apakah pemangkinnya kalau kita hendak menjadi orang Melayu yang membangun dan yang kuat? Bolehkah kita membangun atas nama Tuhan sedangkan hendak menyebut Tuhan pun kita malu. Bahkan, ramai yang bersyarah tentang Islam pun sedikit sangat yang menyebut Tuhan dalam ceramahnya. Padahal bagi orang yang yakin, takut dan cinta dengan Tuhan, dia akan terasa bahawa mendapatkan Tuhan itu sesuatu yang besar bahkan dihebah-hebahkan Tuhan itu untuk mengatasi ideologi. Dia akan menjadi orang yang berjiwa besar dan berjuang atas nama Tuhan. Apa yang hendak ditakutkan kalau mendapat perlindungan Tuhan? Tetapi kalau dengan Tuhan pun tidak rasa apa-apa, macam mana hendak berjiwa besar?
Katalah pemangkinnya ialah jiwa Melayu. Kalau kita panggil orang Melayu sama ada dia itu profesor, pensyarah, doktor dan sebagainya dan berbual-bual dengannya, kita akan dapati tidak ada tanda-tanda dia cintakan bangsa Melayu. Kalau atas dasar cintakan bangsa Melayu pun tidak ada, bagaimana hendak bercita-cita besar? Hendak berjuang atas dasar cinta ideologi tidak ada. Atas dasar cinta Tuhan tidak ada. Atas dasar cinta bangsa atau negara pun tidak ada. Bagaimana hendak jadi bangsa besar? Ertinya kita adalah orang atau bangsa yang tidak ada cita-cita. Orang yang tidak ada cita-cita macam mana hendak berjiwa besar?
Sebab itu kita mengaji atau belajar di sekolah semenjak zaman penjajah hinggalah merdeka, sama sahaja coraknya. Kalau murid-murid ditanya cikgu, “Besar nanti awak hendak jadi apa, Mat?”
Masa dulu angkat tangan, kalau orang Negeri Sembilan, dia akan menjawab,
- “Cikgu, esok saya nak jadi mato-mato.”
- “Awak pulak, Sop?”
- “Saya nak jadi askar.”
Hanya setakat itulah cita-cita mereka. Sampai sekarang sudah merdeka pun pattern (corak) yang sama dipakai di sekolah-sekolah. Anak murid bila ditanya akan berkata:
- “Saya hendak jadi pensyarah.”
- “Saya hendak jadi pilot.”
- “Saya nak jadi engineer.”
Cita-citanya cuma jawatan tinggi. Kalau begitu sahajalah umat ini dididik, tidak lebih besar dari itu, macam mana yang dikatakan kita hendak menjadi negara maju? Kita tidak pernah didik anak-anak atau murid-murid untuk berkata:
- “Saya mempunyai harapan hendak bela bangsa saya.”
- Atau: “Saya hendak bela negara saya.”
- Atau: “Saya bercita-cita untuk kembangkan ideologi saya.”
- Atau: “Saya hendak mempromosikan Tuhan ke mana-mana.”
Kalau dari sekolah dididik demikian, cita-cita tersebut kecil sangat. Tidak bersifat global tetapi bersifat ‘aku’. Cita-cita selepas sekolah hanya hendak bekerja. Lepas bekerja hendak bekerja lagi. Ertinya cita-cita tidak global. Cinta agama, negara dan ideologi itu global. Cinta Tuhan itu lebih-lebih lagi global.
Orang Melayu hanya ada cita-cita diri. Apa-apa hal, yang difikirkan adalah masa depan diri. Bila sudah keluar sekolah, baru hendak diajak bersatu, bekerjasama atau baru hendak diajak cintakan Islam. Waktu itu baru hendak mula sedangkan waktu di sekolah yang dididik ialah belajar pandai-pandai supaya dapat gaji besar.
Orang yang paling berjiwa besar adalah orang yang perjuangkan Tuhan sebab Tuhan Maha Besar dan tidak ada yang lebih besar dari itu. Ertinya kalau orang Islam benar-benar ikut Islam, dia adalah bangsa yang paling bercita-cita besar berbanding bangsa-bangsa lain. Sebab dia telah mendapat sesuatu yang paling besar memenuhi cita-citanya. Tentulah dia akan berjuang sepadan dengan cita-cita besarnya itu dan dia akan berkorban habis-habisan untuk cita-citanya yakni kerana keyakinannya pada Tuhan.
Hari ini tidak ada satu pemangkin pun yang boleh mendorong bangsa Melayu bercita-cita besar. Macam mana hendak bersatu, hendak berkasih sayang, hendak bekerjasama dan hendak ada rasa bersama kalau jiran kita sebelah rumah pun terbiar. Cakap di peringkat antarabangsa tetapi jiran pun terbiar.
Justeru itu pemikiran kita mesti diubah. Ia perlu ditukar kepada satu pemikiran yang paling besar iaitu memperjuangkan Tuhan. Tuhan adalah segala-galanya. Tuhan yang menghidup dan mematikan kita, yang mempunyai dunia dan Akhirat. Keselamatan kita di bawah lindungan Tuhan. Kita mesti perjuangkan Tuhan dan promosikan Tuhan. Kita mesti mengajak orang lain kenal Tuhan dan cinta Tuhan. Bila orang cinta Tuhan, tidak kiralah apa bangsa pun, akan berlakulah side effectnya iaitu manusia akan mencintai sesama manusia.
Berjuang untuk cintakan Tuhan dan cinta sesama manusia itulah perjuangan yang besar. Inilah yang sedang kita usahakan. Perjuangan inilah yang sedang kita lagang. Kalau kita tanamkan cinta Tuhan dan cinta sesama manusia, walaupun bilangan pejuangnya sedikit tetapi pengaruhnya besar. Pengikut tidak perlu banyak tetapi pengaruh yang penting.
Satu bangsa yang hendak jadi bangsa yang besar mesti ada cita-cita besar. Cita-cita besar itu kerana ada satu pemangkin yang bersifat global. Yang menjadikan dia berjiwa besar dan membawa kepada perjuangan yang besar. Orang yang ada keyakinan ini akan berjuang mati-matian dan berkorban apa sahaja. Tetapi kalau dari kecil ditanam cinta individu, cinta diri, cinta keluarga, bila dewasa baru hendak diajak cinta bangsa atau cinta agama, ini mustahil boleh berlaku. Ianya mesti dididik dari kecil.
Jadi kita kena berjiwa besar. Sebab orang Islam bukan berjuang atas ideologi. Kita bukan berjuang atas nama bangsa, bukan atas nama negara tetapi kita berjuang atas nama Tuhan. Tuhan yang mempunyai Akhirat dan dunia. Tuhan yang memiliki kita. Hendaklah kita berjuang promosikan Tuhan hingga Tuhan dicintai. Bila Tuhan dicintai automatik kita akan cinta sesama kita walaupun terhadap orang yang bukan Islam.
Oleh yang demikian, kalau umat Islam mahu menebus maruahnya semula, mahu memiliki jiwa besar supaya perjuangannya besar, pemangkin yang paling besar ialah Tuhan. Tuhan adalah segala-galanya. Tuhan mesti dikenalkan pada dunia. Tuhan adalah hidup mati kita. Apabila dapat Tuhan, kita akan dapat segala-galanya. Siapa pun yang kita temui kenalah kenalkan Tuhan pada mereka. Barulah kita akan dapat jiwa besar. Ada pemangkin yang kuat yang mendorong. Barulah kita boleh berkorban kerana memperjuangkan Tuhan. Sesuai dengan pengakuan kita di dalam sembahyang:
Maksudnya: “Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku kerana Allah pentadbir sekalian alam.” (Al An‘am: 162)
Ini pemangkin yang pertama.
Pemangkin yang kedua adalah janji Tuhan mengenai kebangkitan di akhir zaman melalui lidah Rasulullah SAW. Islam akan menguasai dunia kali kedua bermula dari Timur. Tuhan sudah simpan para pemimpinnya untuk kebangkitan itu iaitu Pemuda Bani Tamim, Imam Mahdi dan Nabi Isa. Mengikut Hadis, ini ditambah lagi dengan tokoh-tokoh seperti Pemuda Bani Hasyim, tujuh wazir dan Haris Al Haras. Inilah tokoh-tokoh yang akan membangunkan kebangkitan Islam kali kedua. Inilah pemangkin yang kuat selepas Tuhan.
Sajak
Perjuangan ‘Singkat’
Banyak pejuang-pejuang katanya
untuk kepentingan dan faedah manusia
Sanggup susah, sanggup menderita
Sanggup ditangkap dan dipenjara
Orang ramai yang melihatnya
kagum terhadap mereka
Ada pejuang hak asasi manusia
Ada pejuang untuk membanteras
kemiskinan manusia
Ada pejuang politik untuk membela
bangsa dan negara
Ada pejuang ilmu dan pelajaran
untuk kehidupan manusia
Ada pejuang untuk kebajikan mereka,
Ada pejuang untuk menegakkan keadilan
Ada pejuang untuk alam sekitar
Entah apalagi pejuang-pejuang yang bangun
untuk manusia
Semata-mata untuk kepentingan di dunia
Tetapi yang kurang
di setengah zaman langsung tidak ada
Iaitu pejuang-pejuang manusia
untuk manusia diberi Tuhan
Padahal pejuang-pejuang manusia
untuk diberi Tuhan
Untungnya sampai di Akhirat sana
Tetapi kebanyakan pejuang-pejuang membela manusia
Hanya semata-mata di dunia sahaja
Jadi pejuang-pejuang manusia hari ini
singkat sekali
Hanya untuk dunia sebelum mati
Selepas mati tidak dipeduli
Padahal hidup di dunia sementara waktu
Walaupun susah tidak lama
Walaupun senang tidak berlama-lama
Itu pun kalau di Akhirat
kalau susah atau senang
berlama-lama, mungkin selama-lama
Tetapi pejuang-pejuang manusia tak ambil kira
Memperjuangkan nasib manusia
hanya di dunia semata-mata
itu pun jarang yang berjaya
Di Akhirat tak diambil kira
Bahkan pejuang-pejuang itu kebanyakannya
Menerjunkan orang ke Neraka,
Sedangkan di dunia, belum tentu kebaikannya
Tetapi di Akhirat membawa orang ke Neraka
Walaupun pejuang-pejuang itu berniat baik
Tetapi mereka itu pejuang-pejuang membawa celaka
Membawa orang terjun ke Neraka
Hakikatnya pejuang-pejuang itu pengkhianat manusia
Kerana perjuangan mereka
membawa terjun ke Neraka
Manusia yang berjuang
Atau manusia yang diperjuangkan
Mereka itu tidak faham
Niatnya baik, jalannya sesat
Niatnya baik, caranya tidak baik
Akhirnya kedua-dua rugi
Yang berjuang dan yang diperjuangkan
Kedua pihak terjun ke Neraka
Wal‘iyazubillah
07.58 Pagi
Di Rumah Tamu Rufaqa’, Nilai
21 - 02 - 2006
Artikel ini diambil dari buku Buah Fikiran Siri 2, karangan Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi
No comments:
Post a Comment