Table of contents
1. MATAN
2. Awaluddin Makrifatullah
3. Cara mengenal ALLAH
4. Empat Syarat Kenal ALLAH
5. Rasa Jiwa berTuhan
6. Iman Taqlid
7. Tapak Iman
8. Peringkat Iman
9. Penyuburan Iman
10. Dalil Aqli dan Dalil Naqli
11. Dali Aqli Secara Ijmali
12. Dalil Akal Secara Tafsili
13. Dosa Fardhu Kifayah
14. Dalil Naqli - Fardhu Kifayah?
MATAN
Mengenal Tuhan itu fardhu ain atas tiap-tiap mukallaf dengan mengetahui namanya dan sifat-sifatnya yang disuruh oleh syarak asy syarif dengan ajaran daripada rasul-rasul.
Maka bagi Tuhan ada banyak nama-nama yang molek (asma-ul-husna) dan sifat-sifat yang maha besar dan yang maha tinggi. Nama Tuhan yang lebih masyhur di antara segala nama-namanya ialah ALLAH disebut lafzul jalalah (lafaz yang maha besar) maka yang lain daripada ini diketahui daripada Quran dan Hadis semuanya itu masyhur di sisi orang Islam sebahagian daripadanya Ar Rahman, Ar Rahim, Al Quddus, As Salam, Al Mukmin.
Sifat-sifat yang diketahui oleh mukallaf terbahagi kepada dua bahagi:
- Mengetahui sifat-sifat Tuhan dengan ijmali (ringkas) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus bahawasanya wajib bagi ALLAH Taala bersifat dengan tiap-tiap sifat kesempurnaan yang lain dengan keadaan ketuhanan dan mustahil atasnya bersifat dengan apa-apa jua sifat kekurangan.
- Mengetahui sifat-sifat Tuhan dengan jalan tafsili (satu persatu) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli dan naqli bahawasanya wajib bagi ALLAH Taala dua puluh sifat yang wajib dan beriktiqad dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli dan naqli bahawasanya mustahil atas ALLAH Taala bersifat segala lawan sifat yang wajib dua puluh itu.
Adalah dikehendaki dengan mengenal Tuhan itu hkndaklah mengetahui tiga perkara iaitu yang pertama iktiqad yang putus (tiada syak, zan, waham) , kiranya iktiqad tidak putus seperti ada iktiqad syak, zan atau waham maka tidak dinamakan mengenal. Yang kedua muafakat (bersetuju) iktiqad itu dengan yang sebenar (berbetulan iktiqad ini dengan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah) maka tiada dinamakan mengenal jika iktiqad itu tidak berbetulan dengan yang sebenar, seperti iktiqad orang nasrani dan Yahudi. Yang ketiga, dengan ada dalil sekalipun dengan dalil ijmali, sebaliknya jika iktiqad putus serta muafakat dengan sebenar tetapi tidak dengan dalil maka dinamakan taklid.
Adapun iktiqad yang tiada putus atau tiada muafakat dengan yang sebenar maka dengan itfak ulama menghukumkan kafir, dan iktiqad orang yang bertaqlid itu bersalah-salahan ulama padanya, maka mengikut qaul yang muktamad orang yang bertaqlid itu tidak dihukumkan kafir jika taklidnya putus tetapi dihukumkan dia mukmin yang menderhaka jika kuasa ia mengadakan dan mendirikan dalil dengan belajar, kiranya tidak terdaya mendirikan dalil kemudian daripada telah belajar sebab bodohnya maka tiada dihukumkan derhaka.
Adalah makna taqlid itu iaitu menerima perkataan lain dengan tidak mengetahuikan dalil dan keterangan maka taklid itu terbahagi kepada dua bahagian kepercayaan. Yang ma taklid jazmi ertinya kepercayaan itu terlekat be mata hatinya dengan teguh dan kuat serta tidak erubah atau terbalik semula jika orang yang diikuti itu berbalik sekalipun maka taklid yang seperti ini di sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah sah imannya kerana mempunyai jazam kepercayaan. Yang kedua taklid yang tiada jazam ertinya menerima perkataan orang lam dengan tiada teguh dan tiada kuat. Sekiranya orang yang diikuti seperti guru-gurunya, ibu bapanya atau lain-lain berbalik iktiqadnya maka ia pun mengikut berbalik jua maka taklid yang seperti ini dihukumkan tiada sah imannya kerana serupa dengan syak, zan atau waham (yang tiada jazam).
Tegasnya adalah iman orang yang bertaqlid sentiasa di dalam khathar (bahaya) dan kebimbangan dan tergantung kebenarannya atas kebenaran atas orang yang diiiuti jika benar perjalanan orang yang diikutnya dan yang dipegangnya seperti guru-gurunya maka, yang mengikut itu benarlah jua. Tetapi jika ada sebaliknya binasalah ia bersama-sama dengan orang yang diikutnya.
Dari itu hendaklah seseorang bersungguh-sungguh menuntut ilmu aqaidul iman yang sahih supaya terlepas ia daripada syak dan waham di dalam imannya tidak pakai ikut-ikut sahaja istimewa zaman sekarang masa yang telah zahir beberapa banyak ahli bid'ah.
Maka taklid itu mudarat kerana ialah jalan yang membawa kepada sesat yang amat hina yang tiada layak sekali-kali dengan hal seorang manusia.
Awaluddin Makrifatullah
DI DALAM kitab dikatakan Awaluddin makrifatullah awal-awal agama ialah mengenal ALLAH. Apabila seseorang itu tidak mengenal ALLAH, segala amal baktinya tidak akan sampai kepada ALLAH SWT.
Sedangkan, segala perintah suruh yang kita buat sama ada yang berbentuk fardhu mahupun sunat, dan segala perintah larang yang kita jauhi sama ada yang berbentuk haram mahupun makruh, merupakan hadi ah' atau 'persembahan' yang hendak kita berikan kepada ALLAH SWT. Kalau kita tidak kenal ALLAH SWT, maka segala 'hadiah' itu tidak akan sampai kepada-Nya.
Ibarat kita hendak memberi hadiah kepada seorang raja sedangkan kita tidak kenal raja itu. Hadiah itu tidak akan sampai kepada raja. Kita mungkin memberinya kepada pembesar istana yang kita sangkakan raja. Kalau kita kenal sungguh-sungguh raja itu, barulah senang kita hendak menyampaikan hadiah kita itu kepadanya.
Begitulah juga dengan segala amal bakti kita yang hendak kita hadiahkan kepada ALLAH SWT, ia hanya akan sampai kepada ALLAH kalau kita mengenal ALLAH SWT sungguh-sungguh. Sebab itulah, perkara terawal dalam ajaran Islam ialah mengenal ALLAH SWT.
Bila seseorang itu sudah kenal ALLAH, barulah apabila dia berpuasa, puasanya sampai kepada ALLAH; apabila dia bersembahyang, sembahyangnya sampai kepada ALLAH; apabila dia berzakat, zakatnya sampai kepada ALLAH; apabila dia menunaikan haji, hajinya sampai kepada ALLAH SWT; apabila dia berjuang, berjihad, bersedekah dan berkorban, serta membuat segala amal bakti, semuanya akan sampai kepada ALLAH SWT.
Kerana itulah, mengenal ALLAH ini amat penting kepada kita. Jika kita tidak kenal ALLAH, kita bimbang segala amal ibadah kita tidak akan sampai kepada-Nya; ia menjadi sia-sia belaka. Boleh jadi kita nanti ditipu oleh syaitan sahaja.
Cara mengenal ALLAH
Dan untuk mengenal ALLAH melalui sifat-sifat yang wajib bagi-Nya yang sebanyak 20 sifat itu, kita perlu kepada dalil-dalil aqli dan dalil-dalil naqli.
Dalil aqli adalah dalil yang bersumberkan akal, manakala dalil naqli adalah dalil yang bersumberkan Al Quran dan Sunnah. Melalui dalil aqli dan dalil naqli ini sajalah kita dapat mengenal ALLAH.
Tanpa dalil-dalil itu, kita tidak dapat mengetahui sifat-sifat yang wajib bag-i ALLAH, dan kalau kita tidak mengetahui sifat-sifat ALLAH, bererti kita tidak mengenal ALLAH SWT.
Kita tidak dapat mengenal ALLAH melalui zat-Nya. Kalau ada orang yang konon dapat mengenal ALLAH melalui zat-Nya, bererti orang itu telah diperdayakan oleh syaitan. Sebab itu, hendaklah kita berhati-hati benar dalam usaha hendak mengenal ALLAH supaya yang kita kenal itu benar-benar ALLAH dan bukan syaitan atau jin.
Kalau kita diperdayakan oleh syaitan, rosaklah aqidah kita. Rasulullah SAW pernah bersabda: Terjemahannya: Renungilah pada ciptaan Allah (nescaya kamu akan mengenal ALLAH). Dan jangan kamu renungi (mencari) zat ALLAH (kamu akan sesat).
Ini perlu kita faham benar-benar kerana zat ALLAH itu tidak boleh kita bayang-bayangkan atau kita khayal-khayalkan. Zat ALLAH bukan makhluk dan bukan benda, dan Ia tidak bertempat. Keadaan-Nya adalah sepertimana yang difirmankan oleh ALLAH sendiri:
Terjemahannya: Tidak ada yang menyerupai-Nya sesuatu jua. (Syuraa: 11)
Dan ada keterangan yang mengatakan:
Terjemahannya: Apa saja yang terlintas di dalam fikiran itu, Tuhan bukan demikian.
Jadi, bagaimanakah cara kita hendak mengenal ALLAH? Iaitu dengan mengetahui sifat-sifat Allah berdasarkan dalil-dalil aqli dan naqli.
Sifat-sifat ALLAH, sepertimana yang kita ketahui, adalah sebanyak 20 yang wajib kita pelajari. (Cuma ada setengah-setengah ulama mengatakan bahawa yang wajib diketahui sebanyak 13 sahaja.) Apabila kita telah mengetahui ALLAH dengan dalil aqli dan naqli itu, barulah kita dianggap makrifah dengan ALLAH, dan barulah sah pengenalan kita kepada ALLAH SWT.
Empat Syarat Kenal ALLAH
Untuk mengesahkan pengenalan kita kepada ALLAH SWT, kita mesti menempuh empat syarat, iaitu:
- Percaya adanya ALLAH SWT.
- Jazam yang qat'i iaitu yakin kepada ALLAH dengan keyakinan yang sungguh-sungguh; tidak dicelah oleh syak, zan atau waham. Dengan perkataan lain, keyakinan kita kepada ALLAH begitu padu dan kental, tidak goncang dan ragu walau sedikit pun sama ada ragu itu bertaraf syak, zan atau waham. Syak bererti 50 peratus percaya, 50 peratus ragu. Zan bererti percaya kita lebih daripada ragu; misalnya 75 peratus percaya, 25 peratus ragu. Waham bererti ragu kita lebih daripada percaya; misalnya 25 peratus percaya, 75 peratus ragu.
- Selari dengan yang sebenarnya. Ertinya, setelah kita meyakini sungguh-sungguh tentang adanya ALLAH, keyakinan itu mestilah selari dengan yang sebenar.
- Mesti ada dalil.
Demikianlah empat syarat yang mesti ada pada kita untuk mengesahkan pengenalan kita kepada ALLAH SWT. Keyakinan kita akan adanya ALLAH SWT adalah secara padu tanpa sebarang syak, zan atau waham; keyakinan yang padu itu pula selari dengan yang sebenar serta cukup dengan keterangan-keterangan atau dalil dan bukti walaupun secara ijmali atau secara ringkas.
Dan kalau kita telah mempunyai empat syarat tadi, kita dikatakan telah mengenal ALLAH secara akal. Maka sahlah aqidah yang demikian.
Jika tidak, bermakna kita belum mengenal ALLAH, dan aqidah atau iman kita tidak sah. Dan itu juga bermakna, apa yang telah kita buat selama ini menjadi sia-sia saja. Sia-sialah sembahyang kita sia-sialah puasa kita sia-sialah haji kita sia-sialah perjuangan dan jihad kita dan sia-sialah apa saja amal bakti kita selama ini kerana kita belum benar-benar mengenal ALLAH.
Rasa Jiwa berTuhan
Perlu sekali kita ingat di sini bahawa kalau sekadar di dalam diri kita ada rasa bertuhan, itu belum dikatakan beraqidah atau beriman. Sebabnya, rasa bertuhan itu adalah fItrah semulajadi manusia. Ia samalah seperti rasa susah, rasa senang, rasa ingin pandai, rasa ingin bahagia, dan sebagainya. Ini semua dikatakan fitrah dan tabiat semulajadi manusia. Hal-hal ini tidak perlu dipelajari keraha ia memang sedia ada.
Umpamanya, kalau kita mendapat sesuatu yang menyukakan, hati kita akan rasa terhibur. Begitu jugalah kalau kita menghadapi kesusahan, hati kita akan rasa susah. Semua ini telah menjadi naluri manusia yang Allah bekalkan bersama-sama tubuh kasar kita ini.
Bukti yang menunjukkan bahawa rasa bertuhan itu adalah fitrah semulajadi mauusia ialah firman ALLAH SWT:
Terjemahannya: Jika kamu bertanya kepada mereka (orang-orang kafir) siapakah yang menjadikan langit dan bumi ini, nescaya mereka akan menjawab "ALLAH ". (Luqman: 25)
Kita dapati di sini, orang-orang kafir pun mengakui adanya Tuhan pencipta langit dan bumi ini, tetapi mengapakah mereka masih dianggap kafir?
Sebabnya, pengakuan yang mereka buat itu adalah daripada fitrah semulajadi mereka, dan pengakuan itu tidak menempuh empat syarat yang dikehendaki untuk mengesahkan aqidah dan iman.
Mungkin mereka yakin adanya Tuhan dengan sebenar-benar yakin, tetapi keyakinan mereka itu tidak selari dengan yang sebenarnya.
Mereka menggambarkan Tuhan dengan berbagai-bagai rupa seperti ada misai, ada kepala, ada belalai, dan lain-lainnya. Ini bermakna ia tidak selari dengan yang sebenar kerana Tuhan sebenarnya tidak demikian. Sebab itu aqidah mereka tidak sah walaupun rasa bertuhan itu ada dalam diri mereka. Jadi, mereka tetap juga dianggap kafir.
Begitu juga dengan orang-orang kristian misalnya. Apakah mereka tidak percaya kepada Tuhan? Jawabnya, mereka begitu percaya adanya pencipta langit dan bumi ini, malah kepercayaan mereka begitu padu dan kental. Tetapi, mengapakah mereka tetap kafir? Ini kerana, kepercayaan mereka itu tidak selari dengan yang sebenar. Tuhan yang sebenarnya adalah Esa iaitu satu saja, tetapi orang kristian mengatakan Tuhan itu tiga atau yang mereka sebut Trinity. Pada mereka, ada Tuhan bapa, ada Tuhan anak, dan ada Tuhan Syurga. Apakah ini betul? Jawabnya tidak, dan kerana itu orang-orang kristian tetap kafir walaupun mereka percaya adanya Tuhan. Makrifah mereka kepada ALLAH tidak sah.
Iman Taqlid
Begitu jugalah dengan orang yang bertaqlid. Aqidahnya atau imannya dikira tidak sah kerana dalil atau buktinya tidak ada. Tadi telah kita katakan bahawa antara empat syarat untuk mengesahkan aqidah ialah ada dalil dan bukti. Sedangkan orang yang imannya iman taqlid kekurangan salah satu daripada syarat yang empat itu. Orang yang beriman taqlid sekadar percaya adanya Tuhan tetapi tidak dapat memberi dalil dan keterangan. Dia tidak mempunyai hujah secara ilmiah. Kepercayaannya sekadar ikut-ikutan saja. Oleh kerana ibu dan ayahnya percaya adanya Tuhan yang menjadikan seluruh alam ini, dia pun ikut percaya. Tetapi kalau kita tanya dia, apakah bukti-bukti serta dalil-dalil tentang adanya Allah, dia tidak dapat memberikan hujahnya.
Orang yang beriman taqlid hanya percaya tetapi kepercayaannya tidak berdasarkan dalil-dalil ilmiah. Dia kekurangan salah satu daripada empat syarat untuk mengesahkan aqidah. Dengan itu, imannya tidak sah.
Kalau benarlah imannya tidak sah, maka seluruh amal ibadahnya tidak sah. Sembahyangnya tidak sah, puasanya tidak sah, hajinya tidak sah, zakatnya tidak sah, jihadnya tidak sah dan segala kebajikannya, walau sebesar dunia pun, tidak sah. Sedikit pun ALLAH tidak akan nilai daripadanya kerana dia belum dianggap makrifah dengan ALLAH. Dia tidak benar-benar kenal dengan ALLAH kerana pengenalannya tidak disertakan dalil dan bukti. Dan kalau dia tidak kenal ALLAH, bagaimanakah dia hendak mempersembahkan amal baktinya itu kepada ALLAH sebagai 'hadiah' daripadanya.
Tapak Iman
Seterusnya, amatlah perlu kita ingat di sini, walaupun seseorang itu sudah dapat mengesahkan iman dan aqidahnya kerana ia sudah menempuh empat syarat yang dikehendaki itu, namun imannya baru dikatakan sudah mempunyai tapak.
Nisbahnya adalah seperti benih yang sudah ditanam di atas tanah yang sesuai dengannya. Yang perlu selepas itu ialah menyuburkannya supaya ia bercambah, membesar dan berbuah, iaitu dengan menyiram benih itu setiap hari dengan air. Kemudian ia diberi baja supaya bertambah subur, dan tapaknya sentiasa digembur supaya kekuatan akarnya bertambah kukuh dan kemas.
Dan begitulah dengan orang yang sudah mempunyai iman yang telah menempuh empat syarat untuk mengenal ALLAH tadi. Dia sudah mempunyai benih iman. Iman atau aqidahnya sekadar sudah sah tetapi belum bererti ia sudah cukup sempurna. Iman itu perlu disuburkan dengan amal ibadah seperti sembahyang, berpuasa, berzakat, menunaikan haji, berjuang dan berjihad, bersedekah, berkorban, dengan mengikut perintah ALLAH dan dengan menjauhi segala larangan-Nya.
Semuanya itu merupakan baja kepada iman supaya ia menjadi subur dan sempurna. Ia juga merupakan air untuk menyuburkan iman.
Bagaimanapun, kalau benih iman itu tidak ada, apakah dengan memberi baja serta menyiram air boleh menyuburkannya? Ibarat menyiram air atau menabur , baja di dalam tanah yang tidak ada benih, bagaimana ia boleh bercambah hingga menjadi pokok? Tentu mustahil!
Begitulah, kalau iman belum bertapak di dalam dada disebabkan seseorang itu belum mengenal ALLAH melalui empat syarat tadi, bagaimana sembahyang boleh menyuburkan iman? Bagaimana berpuasa boleh menyuburkan iman.? Seterusnya bagaimanakah haji, berjuang dan berjihad serta lain-lain amal bakti boleh menyuburkan iman.? Bagaimana boleh ia subur sedangkan asas atau tapak imannya tidak ada!
Ertinya dia boleh bersembahyang, boleh berpuasa, boleh mengerjakan haji, boleh berjuang dan berjihad, serta boleh melakukan amal bakti, tetapi semuanya tidak dapat memberi kesan kepada imannya kerana iman itu belum bertapak di dalam dirinya.
Peringkat Iman
Hanya apabila kita telah mengenal Allah melalui empat syarat tadi, barulah iman kita berbenih. Tetapi, apakah ia sudah cukup dan sempurna? Jawabnya, tidak. Ia mesti disuburkan dengan bersembahyang, berpuasa, berzakat, mengerjakan haji, dan membuat segala amal bakti yang lain.
Hanya dengan itu, iman kita menjadi sempurna hingga mencapai tahap iman yang dipanggil iman ayan. Kemudian, manakala kita usahakan lagi hingga menambah kesempurnaannya, maka ia boleh dipertingkatkan hingga kepada iman hak dan iman hakikat.
Itulah yang dikatakan kesempurnaan iman. Sebab itulah kita katakan bahawa kalau seseorang itu sekadar mengenal ALLAH setelah menempuh empat syarat tadi, imannya baru dikira sah, tetapi ia belum cukup sempurna. Dia baharu memiliki tapak atau asas iman. Kalau asas iman itu tidak disempurnakan dengan amal ibadah, dia masih lagi dalam golongan mukmin 'asi atau mukmin yang masih melanggar perintah-perintah ALLAH. Dia tetap juga masuk Neraka, cuma tidak kekal di dalamnya kerana aqidahnya sudah sah.
Penyuburan Iman
Orang yang sudah ada asas iman itu ibarat benih yang sudah tertanam dan sudah bercambah. Tetapi cambahnya tidak sempurna kerana tidak cukup dibaja dan disirami air hinggakan apabila ada yang bercambah amat mudah dimakan semut, siput babi, dan sebagainya.
Walau bagaimanapun kerana tapaknya ada, walaupun dijahanamkan oleh musuh, namun ia ada akar tunjang. Betapalah kalau memang didapati yang benih tidak ada langsung. Sebab itulah, bagi orang awam seperti kita, pengenalan kepada ALLAH secara ilmu dengan menempuh empat syarat tadi mestilah diusahakan terlebih dahulu. Bila pengenalan secara ilmu itu sudah ada, ertinya benih iman sudah ada.
Cuma yang hendak kita usahakan lagi ialah supaya ia berbatang, berdahan, berdaun serta berbuah. Iaitu dengan membuat berbagai-bagai amal ibadah seperti sembahyang, berpuasa, mengerjakan haji, serta lain-lainamal bakti sama ada dengan mengerjakan yang disuruh (yang fardhu dan yang sunat) atau dengan meninggalkan yang dilarang (yang haram dan yang makruh).
Dan inilah yang hendak kita jaga benar-benar dalam persoalan aqidah ini. Kalau tidak, sia-sia saja amal ibadah kita selama ini. Manakala kita telah mengenal ALLAH melaiui empat syarat tadi, jangan pula kita biarkan iman itu tanpa dibaja dan disirami air supaya menjadi subur.
Kalau dibiarkan ia cambah sendiri, maka ia kurang subur, macam pokok-pokok kering dan ketot-ketot. Kalau berbuah, buahnya busuk-busuk. Inilah yang diibaratkan kepada mukmin 'asi yang di Akhirat kelak, masuk Neraka terlebih dahulu sebelum masuk Syurga.
Namun, sekurang-kurangnya dia masih mukmin lagi kerana pengenalannya kepada ALLAH sudah menempuh empat syarat tadi. Sebaliknya, kalau pengenalannya kepada ALLAH tidak menempuh empat syarat itu, dia tidak boleh disebut mukmin tetapi kafir. Dan hal keadaannya kekal abadi di dalam Neraka.
Dalil Aqli dan Dalil Naqli
Seterusnya, dalil-dalil dalam pengenalan kita kepada sifat-sifat ALLAH terbahagi kepada dua: dalil aqli dan naqli.
Dali aqli ialah dalil akal atau dalil yang berdasarkan lojik atau mantik atau falsafah. Boleh juga kita katakan dalil aqli ini sebagai dalil yang berdasarkan ilmu pengetahuan.
Manakala dalil naqli ialah dalil yang bersumberkan Al Quran dan Sunnah.
Dalil-dalil aqli boleh juga kita bahagikan kepada dua iaitu dalil secara ijmali dan dalil secara tafsili. Dalil ijmali ialah dalil secara ringkas, manakala dalil tafsili ialah dalil secara terperinci atau secara terhurai.
Dali Aqli Secara Ijmali
Dali aqli secara ijmali atau secara ringkas, kedudukannya adalah fardhu ain. Ertinya, setiap mukallaf wajib mengenal sifat-sifat ALLAH melalui dalil-dalil akal secara ijmali atau secara ringkas. Ia tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada orang lain. Cuma yang perlu kita ingat ialah bahawa dengan dalil-dalil akal secara ringkas ini, kita tidak mampu mengemukakan hujah-hujah kalau ada orang yang mendatangkan hujah kepada kita. Dan ia juga tidak boleh menolak perkara-perkara yang syubhat.
Umpamanya, kalau ada orang yang membawa ajaran-ajaran yang karut atau ajaran yang salah yang dicampuradukkannya dengan ajaran atau aqidah yang benar, kemudian diajukannya kepada kita, kita tidak akan mampu untuk menolaknya.
Jadi dalil aqli secara ijmali atau secara ringkas hanya untuk diri sendiri sahaja. Tetapi apabila orang datangkan aqidah yang bercampur aduk antara yang sah dan dengan yang karut, kita tidak dapat menolaknya. Ini dikatakan ajaran-ajaran syubhat itu ajaran yang bercampur aduk dengan bid'ah, khurafat dan sebagainya. Sekadar dengan dalil akal secara ringkas, kita tidak mampu untuk menolak ajaran-ajaran tersebut.
Dalil Akal Secara Tafsili
Kemudian, yang dikatakan dalil akal secara tafsili ialah dalil-dalil yang panjang lebar, luas serta lengkap. Kedudukannya fardhu kifayah, iaitu tidak dituntut kepada setiap mukallaf untuk mengetahuinya.
Ertinya, kalau ada satu kawasan dalam lingkungan jarak yang membolehkan kita melakukan sembahyang qasar iaitu 48 batu (mengikut salah satu khilafiah jarak yang membolehkan sembahyang diqasar), ada satu orang yang tahu dalil akal secara tafsili, maka dia telah melepaskan dosa setiap orang mukallaf di kawasan itu.
Kalau umpamanya di dalam kawasan itu ada 50,000 orang penduduk, dan tidak ada seorang pun yang tahu tentang dalil akal secara tafsili, maka selama belum ada orang yang mengetahuinya, selama itulah semua orang yang mukallaf di situ berdosa dalam perkara tersebut.
Dosa Fardhu Kifayah
Ini merupakan satu persoalan yang berat bagi kita semua. Pada masa ini mungkin susah kita hendak mencari satu orang yang benar-benar tahu tentang dalil akal secara tafsili. Ertinya belum selesai fardhu kifayah di kawasan itu. Seluruh penduduk yang mukallaf di situ telah berdosa.
Dan yang beratnya, dosa dalam bidang fardhu kifayah ini jarang-jarang membuat orang merasakan dirinya berdosa. Dan dosa dalam bidang fardhu kifayah ini jarang yang terampun, sedangkan dosa-dosa lain ramai yang merasakannya lalu memohon ampun. Kalau dia tidak bersembahyang misalnya, dia akan bertaubat dan akan bersembahyang.
Begitu juga kalau seseorang itu membuat dosa-dosa lain seperti tidak berpuasa, tidak menurut perintah-perintah ALLAH, dan sebagainya, dia akan terasa dirinya berdosa.
Tetapi orang yang berdosa dalam bidang fardhu kifayah jarang-jarang merasakan dirinya berdosa. Dan kalau dia tidak merasakan dirinya berdosa, apabila dia mati, dosanya tidak terampun. Masuk Nerakalah jawabnya.
Di sini kita baru memperkatakan dosa dalam satu perkara. Sedangkan bidang fardhu kifayah amat luas sekali meliputi pelbagai perkara.
Bagaimana pula fardhu kifayah dalam perkara makan minum, kesihatan, pendidikan, dan perkara-perkara yang lain. Berapa banyak dosa yang telah mengenai diri kita kerana persoalan-persoalan fardhu kifayah yang tidak selesai di dalam masyarakat kita. Adakah kita telah menyedarinya?
Sebab itu, kalau kita kuat beribadah seperti banyak sembahyang, banyak berpuasa, dan sebagainya, jangan sekali-kali kita bersenang hati. Tengoklah pula persoalan fardhu kifayah kita yang belum selesai. Kerana banyaknya persoalan tersebut yang belum selesai, kita pun terlibat sama (sama-sama menanggung dosa) walaupun kita bertahajjud tiap-tiap malam dan kita boleh khatam Quran satu minggu sekali. Sedangkan fardhu kifayah itu lebih besar lagi daripada Tahajud dan membaca Quran.
Kalau begitu, memang patut sekali kita gerun dan ngeri memandangkan begitu banyak persoalan fardhu kifayah yang tidak kita selesaikan di dalam masyarakat kita. Kita semuanya berdosa dengan dosa-dosa yang tidak kita sedari, dan kerana itu, kita tidak pernah memohon ampun ke atas dosa-dosa itu. Manakala kalau kita mati, kita mati dengan membawa dosa yang banyak dalam bidang fardhu kifayah.
Persoalan ini perlu kita fikirkan dalam-dalam, dan janganlah kita asyik mahu menumpang hak orang lain, tanpa berusaha sendiri. Konon kita merasakan yang hak orang itu memang sudah hendak diberi untuk kesenangan kita. Kalau hak orang lain yang kita terima, kita terpaksa menerima apa saja yang hendak orang berikan kepada kita. Kalau baik, maka baiklah yang kita terima; kalau busuk, maka busuklah yang kita terima. Begitulah adat orang menumpang.
Jadi, banyak perkara dalam bidang fardhu kifayah yang belum dapat kita selesaikan, termasuklah mengetengahkan orang yang mampu mendatangkan dalil akal secara tafsili bagi 20 sifat ALLAH. Kalau tidak ada seorang pun mampu berbuat demikian di satu-satu kawasan itu, semua orang yang aqil baligh di kawasan tersebut sama ada yang laki-laki mahupun yang perempuannya, menanggung dosa.
Oleh itu, semua orang di kawasan itu perlu memikirkan untuk mencari satu orang untuk dihantar belajar supaya dapat mendatangkan dalil-dalil akal secara tafsili itu. Dan apabila telah ada, maka kepadanya kita pertanggungjawabkan untuk menolak ajaran-ajaran yang syubahat serta ajaran-ajaran yang karut dan sesat di kawasan itu. Seolah-olah dialah perisai dan benteng untuk menolak ajaran-ajaran karut yang dibawa orang ke kawasan itu.
Kepada dialah akan disandarkan tanggungjawab untuk memberi penerangan, untuk menafi dan untuk menolak ajaran karut yang didatangkan dari luar ke kawasan itu. Dialah yang mesti menceritakan perkara yang sebenarnya supaya orang ramai tidak sesat. Tetapi kalau di dalam kawasan yang kita ambil sejarak 48 batu tadi, tidak ada seorang pun yang boleh menjadi perisai untuk menolak ajaran sesat yang datang, maka akan tersesatlah umat.
Dalil Naqli - Fardhu Kifayah?
Seterusnya, dalam mendatangkan dalil naqli ke atas sifat-sifat ALLAH, kedudukannya juga fardhu kifayah. Ia bukan fardhu ain. Dalam hal ini, terdapat kelonggarandaripada ALLAH. Di dalam mendatangkan dalil aqli secara ijmali atau secara ringkas, telah kita katakan yang kedudukannya adalah fardhu ain. Tetapi bagi dalil naqli iaitu dalil yang bersumberkan Al Quran dan Sunnah, biarpun secara ijmali, ia hanya fardhu kifayah, tidak fardhu ain.
Di sinilah rahmat dan kasih sayang ALLAH kepada umat. ALLAH amat mengetahui bahawa orang yang masuk Islam bukan semuanya berbangsa Arab. Di dalam syariat, hanya ada dua bangsa sahaja, iaitu Arab dan Ajam. Luar daripada bangsa Arab dinamakan bangsa Ajam.
Dan bagi mereka yang Ajam itu, ALLAH tahu yang mereka amat susah memahami Al Quran dan susah pula untuk menghafal Hadis. Sebab itu datang kemaafan daripada ALLAH, dan ALLAH meletakkan dalil naqli walaupun secara ijmali sebagai fardhu kifayah sahaja.
Jadi tanggungjawab untuk mendatangkan dalil naqli ini terletak kepada mereka yang berbahasa Arab sahaja, terutamanya orang Arab sendiri, kerana Al Quran dan Hadis itu dalam bahasa mereka. Boleh dikatakan semua orang Arab berupaya menghuraikan Hadis dan Al Quran. Malah orang-orang Arab yang kafir pun pandai tentang Al Quran dan Hadis.
Tetapi bagi orang-orang Ajam, memanglah susah hendak menghafal Hadis dan Al Quran. Kalau boleh pun, dengan bahasa yang telor. Tetapi Allah tahu tentang orang Ajam yang bilangan mereka lebih ramai lagi daripada orang Arab.
Pada hari ini, lebih ramai orang Ajam yang masuk Islam daripada orang Arab. Bahkan ulama Ajam lebih ramai bilangannya daripada ulama Arab. Ulama-ulama Arab hanya sebanyak bilangan jari sahaja seperti Imam Shafie. Imam Ghazali adalah orang Ajam, bukan orang Arab. Imam Hanafi dan Imam Hambali juga bukan orang Arab. Begitulah dengan ulama-ulama dari Afrika, Rusia, Sepanyol dan lain-lainnya.
Jadi mengetahui dalil naqli atas sifat-sifat ALLAH yang wajib adalah fardhu kifayah sahaja. Ertinya, di dalam satu kawasan yang jaraknya sudah membolehkan sembahyang diqasarkan - katalah kita ambil jarak 48 batu iaitu mengikut salah satu khilafiah ulama - mesti ada satu orang yang boleh membawa dalil Al Quran dan Hadis tentang adanya ALLAH SWT. Jika tidak ada, semua orang yang akil baligh di kawasan itu menanggung dosa.
Perkara ini perlu kita fikirkan dengan seberatnya agar di kawasan-kawasan kita sentiasa ada orang yang mampu mendatangkan dalil-dalil naqli ke atas sifat-sifat ALLAH SWT. Kalau ramai yang mampu, itu lebih baik kerana apabila salah seorang meninggal dunia, sudah ada penggantinya.
Kemudian, yang dikatakan dalil tafsili itu, ada dua perenggan kata yang mengandungi dua muqaddimah dan satu natijah.
Artikel ini adalah bagian dari buku Aqidah Mukmin Siri 1 yang berisi buah fikiran dan ilham dari Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi
No comments:
Post a Comment